Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2016

Cukup

Cerita yang sedih

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kalih, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju. Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa. “Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,” Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita. Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran. Kehidupan beliau berubah 360 darjah be